![]() |
Kredit foto: PR TLDM |
Kuala
Lumpur / 6 Apr- Penganugerahan
Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) kepada Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah adalah
ibarat Sireh Pulang Ke Gagang kerana beliau semasa menuntut di universiti dahulu
adalah merupakan pegawai Kadet Laut (PALAPES).
Kehidupan dan budaya
kerja TLDM adalah tidak asing baginya kerana semua prosedur dan cara hidup
serta tradisi tentera laut diberi pendedahan yang sama seperti di pasukan tetap
semasa menjadi pegawai kadet PALAPES cuma tempoh dan pengalaman di laut yang
membezakan mereka.
Selaku ketua negeri,
perlantikan tersebut menjadikan sesuatu yang sangat sinonim dengan kewibawaan
beliau sebagai seorang pemimpin yang
pernah dilatih secara formal di dalam salah satu cabang Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) sekali gus menaungi Pasukan Simpanan Sukarela (ATM di dalam
negeri Kedah.
Majlis penganugerahan telah
disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma
Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuala Lumpur.
![]() |
Kredit foto: UPDA |