Tuesday, 13 September 2022

BEKAS BOXER TLDM DALAM KEADAAN UZUR


Sami'un Abdullah


Besut, 13 Sep 2022- Bekas Petinju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) era 1980an kini dilaporkan berada dalam keadaan uzur. Veteran TLDM, 807664 LK PPP  Sami’un bin Abdullah (65)  kini sedang mengalami komplikasi sakit jantung dan buah pinggang.


Beliau merupakan seorang petinju TLDM  suatu ketika dulu telah menamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos 1994 setelah berkhidmat selama 13 tahun.  Sami’un yang berasal dari kampung Gong Surau Kuala Besut Terengganu kini menetap di kampung Chegar Batang, Pasir Akar Jerteh bersama isteri dan anak-anak selepas menamatkan perkhidmatan. Melakukan kerja-kerja sendiri di kampung bagi meneruskan kesinambungan hidup. 


Beliau juga merupakan ahli seumur hidup Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) No Ahli KN0136  Cawangan Kelantan dan Persatuan Veteran ATM (PVATM) No Ahli 4015, Cawangan Besut Terengganu.


Ahli Jawatankuasa PVTLDM Terengganu, saudara Zaid bin Daud berkata, keadaan Samiun agak stabil selepas dikeluarkan dari wad hospital Jerteh  pada 27 Ogos 2022 yang lalu. Namun begitu, beliau masih memerlukan kerusi roda untuk melakukan pergerakan di dalam rumah dan perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.


Menurut Zaid lagi, kedua-dua Persatuan Veteran yang Sami’un sertai sentiasa memantau perkembangan keadaan beliau dan mengharapkan sumbangan tambahan dari sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Zaid di talian 0179771814.


En Muslizani, AJK PVTLDM Kelantan melawat Sami'un baru-baru ini


En. Zaid bersama rakan-rakan veteran TLDM Besut sentiasa memantau keadaan kesihatan Sami'un 


No comments:

Post a Comment