SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN VETERAN TLDM (PVTLDM)
(Ulang Sebar Ke 6)
Rujuk :
A. Fasal 4 Perlembagaan PVTLDM.
1. *Ahli Seumur Hidup.*
a. Veteran TLDM yg menamatkan perkhidmatan dengan baik (berpencen & tak berpencen).
b. Veteran PSSTLDM.
c. Veteran TDM & TUDM yg pernah berkhidmat dengan TLDM 12 bln atau lebih.
d. Bekas TLDM yg diberhentikan secara “SNLR " selepas 12 bln TTP.
e. Yuran. RM52 Seumur Hidup.
2. *Ahli Bersekutu.*
Berikut layak dgn menunjuk bukti dokumen butir2 perkhidmatan. suami/isteri @ bapa/ibu
a. Suami, isteri, duda @ balu.
b. Anak ahli 18 thn ke atas.
c. Yuran. RM27 Seumur Hidup.
3. Ahli Bersekutu tak boleh mengundi, memegang jawatan @ dipilih menjadi Perwakilan. Keistimewaan lain, sama seperti Ahli Seumur Hidup.
4. Setiap Veteran & keluarga boleh mendaftar di satu Cawangan sahaja. Jika berpindah ke Negeri lain, boleh mohon bertukar ke Cawangan baru secara surat kpd YDP, salinan kpd YDP baru.
# Dokumen utk sertai PVTLDM :
1. Salinan MyKad.
2. Gambar - 2 Keping.
3. Yuran Bersekutu. RM27.
4. Yuran Seumur Hidup RM52.
5. Salinan Akuan Perkhidmatan.
# Jika Akuan Perkhidmatan tiada, sertakan Salinan dokumen seperti Sijil Kursus KD PELANDOK @ seumpama.
27 Mei 2020
No comments:
New comments are not allowed.