Oleh/Foto: Paklang Hamzah
Ini adalah kerana melalui persatuan, veteran tentera akan menjadi kuat untuk menuntut apa-apa imbuhan atau peruntukan dari pihak kerajaan berbanding tuntutan yang dibuat secara peribadi bagi mengenang jasa dan pengorbanan veteran tentera dalam memperjuangkan kemerdekaan dan mengekalkan keamanan negara selama ini.
Yang Berhormat Encik Wan Romani Wan Salin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia negeri Kedah (PVTLDM) ke-13 di Hotel Seri Malaysia hari ini.
Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM 2000.00 bagi mengisi tabung PVTLDM Kedah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Bukit Pinang berkata, adalah menjadi suatu kewajipan bagi veteran-veteran tentera dan polis menubuhkan persatuan veteran masing-masing dalam usaha menyambung kembali ukhuwah dan saling membantu rakan-rakan seperjuangan yang tidak bernasib baik setelah menamatkan perkhidmatan.
Dalam majlis yang sama, Yang Dipertua PVTLDM Kedah yang baharu dilantik, Tuan Haji Zulkifli Muhyiddin menyatakan veteran TLDM di negeri Kedah sehingga kini ialah seramai 1800 orang. Namun hanya seramai 665 orang sahaja yang telah menjadi ahli.
Beliau berkata, apa yang semua ahli perlu buat untuk mengatasi kekurangan ini ialah kempen 'member get member' di mana setiap ahli cuma perlu membawa seorang rakan baharu ke dalam persatuan.
Dengan cara ini beliau yakin semua veteran TLDM negeri Kedah akan berada di dalam persatuan sekali gus akan menyenangkan pihak persatuan menyalurkan apa jua bentuk bantuan bila keadaan memerlukan mengikut kemampuan yang ada.
Setakat ini PVTLDM Kedah telah berjaya mewujudkan Tabung Kebajikan sendiri. Meski pun baharu hanya hampir setahun beroperasi, Tabung ini sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban ahli-ahli dan bukan ahli yang telah ditimpa musibah.
Dengan caruman ahli sebanyak RM20.00 setahun, ahli diberi ganjaran sebanyak RM 600.00 jika berlaku kematian ahli atau pasangan dan RM100.00 bantuan segera jika ahli dan pasangan dimasukkan ke wad hospital tanpa mengira kaum atau anutan.
No comments:
Post a Comment