Friday, 19 November 2021

TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA PVTLDM KEDAH


Assalamualaikum wbth... Salam Sejahtera

*SKIM TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA (TKB) PVTLDM KEDAH - TAHUN 2022*

Dimaklumkan bahawa hasil Mesyuarat AJK PVTLDM Kedah pada 9 Okt 2021 dan setelah dikemukakan serta dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PVTLDM Kedah Ke-13 pada 6 Nov 2021 yang lalu telah membuat keputusan berikut :-

RUJUK : 
*PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA PVTLDM KEDAH*

*FASAL 5 - YURAN TAHUNAN* *(PINDAAN)*
5.1 Yuran masuk/tahunan hendaklah dibayar secara sekali gus ketika pendaftaran dibuat. Yuran Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah adalah ditetapkan seperti berikut:
i) Ahli Seumur Hidup adalah sebanyak *RM20.00 - dibaca RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) - termasuk suami atau isteri*. 
ii) Ahli Seumur Hidup berstatus duda atau janda sebanyak *RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) - tidak termasuk tanggungan lain*.
iii) Ahli Bersekutu (Balu atau anak) adalah sebanyak *RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) - tidak termasuk tanggungan lain*

*FASAL 6 - BANTUAN KEWANGAN DAN SYARAT BANTUAN*
6.1 Wang bantuan akan dikeluarkan kepada waris Ahli PVTLDM Kedah yang sah apabila berlaku kematian Ahli sama ada isteri atau suami dan Ahli Bersekutu yang berdaftar sebanyak *RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja)* dengan syarat ada Salinan Sijil Kematian atau Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang sah.

6.2 Wang bantuan akan dikeluarkan kepada *Ahli Seumur Hidup atau Ahli Bersekutu* berdaftar yang masuk hospital disebabkan rawatan atau sakit kronik dengan syarat mendapat pengesahan doktor atau ada surat pengesahan keluar hospital. Pemberian bantuan hanya *sekali (1) kali dalam setahun* seperti berikut:-
i) Masuk hospital *< 3 hari - bantuan sebanyak RM50.00  (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)*
ii) Masuk hospital *> 3 hari - bantuan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)*

*FASAL 13 - PERKARA AM*
13.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran peraturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Persatuan Veteran TLDM Kedah untuk dibincang dan dimuktamatkan. 
13.2 Sebarang pindaan kepada Peraturan-peraturan ini hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah dan Jawatankuasa Persatuan Veteran TLDM Kedah tertakluk kepada keperluan semasa.

*CATITAN (Pindaan)*:
*Fasal 6.2 - Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu yang berdaftar saja yang layak, tidak termasuk suami atau isteri (Veteran TLDM).
i) Masuk hospital *< 3 hari (3 hari 2 malam). Contoh : masuk hospital 01 hb dan keluar pada 03 hb*.
ii) Masuk hospital *> 3 hari (4 hari 3 malam). Contoh : masuk hospital 01 hb dan keluar pada 04 hb*.

# Kepada Tuan/Puan yang belum menjadi ahli dan ingin untuk menyertai Skim Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah bagi tahun 2022 serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut, sila nyatakan :
“Saya bersetuju untuk menyertai Skim Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah bagi tahun 2022 dan faham syarat-syarat tersebut". 
Bagi pengesahan sebagai tanda persetujuan, sila klik *Invite link to Whatsapp Group Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah* yang akan bermula pada 01 Jan 2022 nanti.

Sila klik: 
*https://chat.whatsapp.com/H4DjnsbbWO70ivpVt4KbRE*

*# Bayaran Yuran Tahunan*
Bayaran bolih dibuat terus ke Akaun *Maybank*
No. Akaun : *1520 2203 6454*
Nama: *Mat Yatim b. Yahaya* 
*(Pengerusi TBK)*

# Pembayaran bermula pada *01 Dis 2021*.
# Tarikh Akhir untuk pembayaran adalah pada *31 Jan 2022*. 
# Tiada lagi pendaftaran dan pembayaran selepas *31 Jan 2022*.
# Pendaftaran Ahli Baru hanya akan dibuka semula pada 01 Dis 2022, bersama pembayaran yuran tahunan keahlian 2023. 

*Setelah bayaran dibuat, sila  'screenshot' transaksi atau ambil gambar resit ATM dan catitkan  butiran berikut pada resit : 
 *No.Ahli......... *
 *Nama........ *
 *RM........ *

Hantar melalui whatapps/sms ke talian *019-4789040*
*Mat Yatim b. Yahaya* 
(Pengerusi TKB) 
(tidak perlu buat panggilan)

Keperihatinan serta kerjasama tuan/puan amatlah disanjung tinggi. Terima kasih. 

Mat Yatim b. Yahaya
Pengerusi 
Tabung Kebajikan Bersama
PVTLDM Kedah
19 Nov 2021

No comments:

Post a Comment