Friday, 23 May 2025

VETERAN ATM LANGKAWI DISANTUNI SEMASA PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM DAN AEROANGKASA 2025 BERLANGSUNG


Sumber Teks/Foto: UKS MINDEF


LANGKAWI, 23 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah meluangkan masa bertemu dengan veteran ATM di sekitar Langkawi menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2025 (LIMA’25) yang sedang berlangsung bermula 20 hingga 24 Mei 2025, hari ini.


PVM adalah program inisiatif Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang dianjurkan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) sejak Mac 2023 dalam usaha mendekati dan mengenal pasti keperluan para veteran ATM serta mendapatkan maklum balas terhadap inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MINDEF.


YB Timbalan Menteri Pertahanan berkesempatan menyantuni tujuh veteran ATM Langkawi dari pelbagai latar belakang termasuk veteran hilang upaya, sakit kronik, balu dan usahawan. Dalam program yang sama, YB Adly turut berbesar hati menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM), menyampaikan kad veteran ATM, bantuan peralatan kesihatan dan peralatan kemudahan kepada usahawan veteran ATM yang dilawati.


Program PVM adalah sebahagian daripada beberapa inisiatif MINDEF terkait golongan veteran ATM yang secara langsung menyokong inisiatif Pelan Strategik MINDEF 2021- 2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM, Kementerian Pertahanan komited memperkukuh Strategi Inisiatif 1 – Peningkatan Taraf Sosioekonomi melalui inisiatif Program Outreach Veteran ATM khususnya lawatan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Usaha memperkasa kebajikan veteran ATM dan keluarga diperkemaskan lagi dengan mempelbagaikan sumber dan mempertingkatkan sumbangan kutipan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dari kalangan korporat dan orang perseorangan sejak KTP dilancarkan pada 31 Julai 2024 dan akan berakhir pada 31 Julai 2025.


Selain itu, PVM juga turut mendukung usaha memperkukuh kerjasama awam dan tentera melalui Civil Military Corporation (CIMIC) iaitu mempertingkatkan daya ketahanan dalam negara melalui Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dengan menggunakan pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS). Justeru, program ini adalah satu program kemasyarakatan yang digarap melalui persefahaman dan kerjasama awam dan swasta dengan menyaksikan penglibatan antara MINDEF dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi.


Turut hadir dalam Program Peduli Veteran Madani peringkat Daerah Langkawi ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM; Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Pengarah JHEV ATM cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; Mejar Mohd Izmer bin Ghazali TUDM serta persatuan-persatuan veteran ATM Langkawi.


                                                        Shamsul Salam bin Abdullah,
                                                Taman Dahlia, Lebuhraya Langkawi, Kedah



Balu Allahyarham Husein bin Cha, 
Perumahan Awam Langkawi

                                           


Musa bin Abidin,
Kampung Wang Tok Rendong Langkawi





No comments:

Post a Comment