Sunday, 24 November 2024

PROGRAM JOM SANTAI VTL MERIAH



Oleh/Foto: Hariss Ruddin

Lumut 23 Nov - Program Jom Santai VTL telah berlangsung dengan sambutan kehadiran VETERAN TENTERA LAUT  pelbagai generasi yang di luar jangka. Perancangan awal seramai 300 orang sahaja tetapi yang berdaftar seramai 526 orang, tidak termasuk yang walk in. 

Terima kasih kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang sudi bekerjasama dengan melaksanakan Sesi Temuduga Pengambilan Khas Perajurit TLDM dengan kehadiran seramai 168 orang anak-anak Veteran TLDM. 

Pihak TLDM turut menyediakan kemudahan bas-bas untuk lawatan ke kapal KD MAHAWANGSA, KD TEGUH SAMUDERA & KD HANG TUAH.

Pihak JHEV ATM  diketuai oleh Pengarah JHEV Perak turut hadir membuka reruai untuk menyantuni veteran terutamanya yang ingin mendapatkan maklumat lanjut perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak JHEV. Pengarah Perhebat Perak juga hadir memberi sokongan.

Jom Santai VTL diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi & YB KDR Nordin Bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara), Ahli Parlimen Lumut 

Tidak lupa juga kepada penaja-penaja yang sudi bersama-sama memastikan program ini berjalan dengan lancar dalam usaha meraikan Veteran TLDM terutamanya Tenaga Nasional Berhad, Lumut Port, SEDA dan DS Zambry Kadir juga.

Hats off kepada tujuh orang hebat yang menjadi tulang belakang dan nadi kejayaan program ini, you know who you are, BZ! 

Kepada VTL yang hadir, mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan, yang pasti sokongan anda semua amat berharga dan jangan lupa daftar sebagai ahli PVTLDM, inshaAllah.






1 comment:

  1. Mungkin JSSVTL edisi2 seterusnya boleh buat di lokasi lain yang semestinya ada pangkalan TLDM seperti Tg Gelang, Langkawi dll dengan organiser yang berlainan.

    ReplyDelete