Thursday, 21 November 2024

PERTEMUAN DUA TERAJU

Oleh/Foto: Hariss Ruddin

Kunjungan hormat Majlis Eksekutif Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) ke atas Panglima Tentera Laut (PTL) telah berjaya disempurnakan pada hari ini.

Pertemuan rasmi ini amat bermakna kerana kedua-dua pucuk pimpinan adalah peneraju terkini bagi TLDM & PVTLDM.

Perkembangan semasa berkenaan halatuju PVTLDM terutamanya inisiatif 3K telah dimaklumkan termasuk perkongsian  inisiatif-inisiatif  yang telah, sedang dan akan dilakukan.

Beberapa permohonan khusus juga telah diangkat dan dibincangkan meliputi sokongan penuh perkhidmatan TLDM terutama yang melibatkan bantuan in kind.

Secara keseluruhannya, perbincangan telah berjalan dengan lancar dalam suasana harmoni dan PTL sedia menimbang permohonan berkaitan demi kemaslahatan The Navy People.

Sesungguhnya, pertemuan ini sendiri adalah penzahiran komitmen TLDM untuk memastikan VETERAN TENTERA LAUT terus disantuni. 

Keberadaan PVTLDM yang lestari sudah pasti akan turut memudahkan perkhidmatan TLDM selain memberikan jaminan bahawa mereka yang bakal meninggalkan perkhidmatan kelak akan berada di laluan yang baik.







No comments:

Post a Comment