Alor Setar, 14 Ogos 2022 - Dalam usaha untuk memperkenalkan Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Negeri Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri, Yang Di pertuanyaTn. Hj. Zulkifli bin Muhyiddin yang juga Naib Presiden 3 PVTLDM Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim di Wisma Darul Aman hari ini.
Kunjungan hormat buat julung kali oleh Persatuan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan salam ukhuwah ahli-ahli Veteran TLDM Cawangan negeri Kedah khususnya di samping memberi penerangan serta memperkenalkan PVTLDM kepada YB Dato’ SUK sendiri tentang kewujudan PVTLDM di negeri Kedah khususnya sejak beberapa tahun lalu.
Dengan adanya kunjungan seperti ini secara tidak langsung telah meletakkan nama PVTLDM sebaris di dalam senarai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar yang terdapat dalam negeri Kedah.
“Semuga dengan kunjungan hormat ini PVTLDM Kedah tidak lagi di kesampingkan dalam apa jua aktiviti-aktiviti negeri seperti Majlis Sambutan Hari Pahlawan, Sambutan Hari Kebangsaan dan lain-lain aktiviti dalam negeri Kedah khususnya. Juga termasuk apa-apa jua bentuk sumbangan dari kerajaan negeri serta dapat merangka kerjasama dan persefahaman dalam konteks kebajikan ahli dan melaksanakan misi-misi kemanusiaan dan sebagainya.” Jelas Haji Zulkifli.
Turut bersama dalam kunjungan ini ialah En Zakaria bin Sulaiman Naib YDP 1 PVTLDM Kedah merangkap Penyelaras DUN Alor Mengkudu dan Tuan Haji Somad bin Ismail, Ketua Penerangan PVTLDM Kedah.
![]() |
Dato' Paduka Ammar memberikan cenderahati kepada YDP PVTLDM Kedah |
![]() |
Hj Zulkifli memberikan cenderahati kepada Dato' Paduka Ammar |
No comments:
Post a Comment