Tuesday, 23 July 2024

Apartmen Harga Patut Untuk Warga ATM Di Port Dickson

Sebuah unit Apartment Bayu Beach Resort, Port Dickson milik Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah dinaik taraf dan berwajah baru dengan dilengkapi set perabot, peralatan elektrik dan perkakasan baharu untuk keselesaan tetamu menginap. 

Apartment ini diletakkan di bawah pengurusan Wisma Perwira RAMD, Kem Sirusa, Port Dickson dan ditawarkan penyewaan kepada semua anggota  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Veteran ATM.  


Kadar sewaan satu malam adalah seperti berikut:

*RM 200 - Hari Bekerja (Ahad-Khamis)

*RM 250 - Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu)

*RM300 - Hari Cuti Umum & Cuti Persekolahan


Kemudahan yang disediakan:

▶️ Apartment Dua Bilik

▶️ 1 Queen Bed

▶️ 2 Single Bed

▶️ Kemudahan Kolam Renang

▶️ TV LED 42”

▶️ Siaran Njoi ASTRO

▶️ Kemudahan Microwave

▶️ Kemudahan Seterika, Cerek Elektrik, Hair Dryer & Peti Ais Mini

▶️ Dilengkapi Penghawa Dingin

▶️ Water Dispenser Machine

▶️ Balcony with Seaview

▶️ Set Sofa 

▶️ Set Meja Makan 

▶️ Kemudahan Pinggan Mangkuk

Untuk pertanyaan dan tempahan sila whatapp atau hubungi : 019-5525370

(Mej Syahrulnizam - Pengurus Wisma Perwira RAMD)


⭕️Segera hubungi kami. Unit tunggal....Siapa cepat, dia dapat!

Kolam Renang
1 Katil Queen 


2 Katil Bujang

Bilik Air






Set Sofa

Meja Makan

Balkoni dengan pemandangan laut



Sunday, 21 July 2024

Hotel Untuk Warga Tentera




Oleh: Paklang Hamzah/Foto: Goldsands Hotel

Berita baik untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Veteran ATM.  Goldsands Hotel Langkawi yang terletak di Pekan Kuah Langkawi yang dimiliki oleh seorang Veteran ATM menawarkan potongan harga 20 peratus dari harga asas khusus untuk warga ATM dan Veteran yang datang menginap di sini.

Menurut pemilik hotel ini, Dr. Ku Azhar bin Ku Abdul Razak, Goldensands Hotel Langkawi menyediakan 13 jenis bilik dengan harga yang berlainan dan berpatutan mengikut kelasnya.  

Di antara jenis-jenis bilik yang disediakan ialah Superior Twin Room, Delux Premier King/Twin Room, Deluxe Primier Triple Room, Executive King/Twin, Primier Seaview Suite, Executive Primier King/Twin Room, Family Room, Family Suite, Gold Suite dan Platinum Suite.

"Katil  kami dilengkapi dengan 100% Lateks tulen dan tilam berkualiti tinggi menyediakan penyelesaian komprehensif untuk kualiti tidur yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhan untuk tetamu kami. Setiap bilik dilengkapi dengan bathup yang menjadi tarikan utama setiap pelanggan kami". Jelas Ku Azhar lagi.

Pelangan akan menikmati penginapan yang menyenangkan dengan ciri bilik termasuk meja kerja dengan berbilang soket pengecasan dan TV LED dengan berita satelit, saluran tempatan dan antara banyak kemudahan lain.

Selain itu, tetamu Goldsands Hotel Langkawi boleh juga menjamu selera di Warung Pak Ku di tingkat 13 (roof top) sambil menikmati pemandangan indah  dan turut menyediakan  kemudahan kolam infiniti di tingkat 14 yang  berlatarkan pemandangan laut, Pulau Selat/Dayang Bunting yang menjadi tarikan utama.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi kami:

 ☎: +04 966 6666 (Talian Utama)

 📱: https://wa.me/+60195548263

 ✉: sales@goldsandslangkawi.com

 Tertakluk kepada terma & syarat.


Kemudahan bathtub di setiap bilik









Kemudahan Kolam Infiniti di tingkat 14

Warung Pak Ku beroperasi dari jam 5.00 petang
hingga 12.00 tengah malam
Tea tarik kaw pun ada...

Menikmati pemandangan senja bersama keluarga