![]() |
Bersesuaian dengan moto PVTLDM 'Terus Berjuang', semangat, toleransi dan perihatin kepada persekitaran sentiasa diterapkan bagi melestarikan gerak kerja persatuan.
Ini dibuktikan oleh PVTLDM Cawangan Kedah yang telah turun padang mengunjungi petugas-petugas Barisan Hadapan Covid19 di Plaza Tol Alor Setar Utara dan Alor Pongsu.
Menurut TYDP PVTLDM Kedah, Tuan Haji Zulkifli bin Hj Muhyiddin, kunjungan ke Pos di mana terdapat anggota ATM bertugas di lapangan adalah sebagai simbolik atau sokongan berterusan dari rakan-rakan veteran kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat dengan harapan suatu hari nanti mereka-mereka ini akan mewarisi gerak kerja persatuan-persatuan veteran bila mereka bersara nanti.
"Kita juga sangat berterima kasih kerana mereka ini telah berkorban kudrat serta nyawa untuk melihat kita semua selamat serta sihat di sepanjang tempoh PKP ini. Jom kita sama-sama membantu atau menyantuni mereka sebagai tanda kebersamaan dan menghargai usaha dan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan bersama". Ujar beliau.
No comments:
Post a Comment