Friday, 19 November 2021

PEMILIHAN AJK DI MESYUARAT AGUNG PVTLDM CAWANGAN TERENGGANU KALI KE 10

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

PEMILIHAN AJK DI MESYUARAT AGUNG PVTLDM CAWANGAN TERENGGANU KALI KE 10 
PADA 13 NOV 2021

P. Tetap : Tn Hj Mohamad Daud

T. P. Tetap : Tn Hasbullah M. Yassin

YDP :  Tn Hj Muhamad Saamah

TYDP : Hj Ramli Hamzah

Naib 1 : Tn Mohd Awang
Naib 2 : Tn Razali Awang

Ahli Jawatankuasa :
1.  Tn HjKamaruddin Ahmad
2.  Tn  Reduan Yassin
3.  Tn Yazid Yahya
4.  Tn Kamaruddin Jusuh
5.  Tn Abd Rahman Muhamad
6.  Tn Zulkifli Muhamad
7.  Tn Yusmarosdi Mohd Yusof
8.  Tn Hj Muhamad Hj Said
9. Tn Awang Aman
10. Tn Md Shaidi Mustafa 
11. Tn Zainuri Ismail
12. Tn Zor Alias
13. Kdr Khairul Anwar Ibrahim(B)
14. Tn Surani Kamari
15. Tn Johari Mohd

Pelantikan oleh YDP :
1. Tn Masri Deraman
2. Tn Mohd Zaid Daud

Pemeriksa Kira-Kira :
1. Tn Hj Ramli Salleh
2. Puan Asmani  Endut

Kemaskini 151025H Nov 2021

TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA PVTLDM KEDAH


Assalamualaikum wbth... Salam Sejahtera

*SKIM TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA (TKB) PVTLDM KEDAH - TAHUN 2022*

Dimaklumkan bahawa hasil Mesyuarat AJK PVTLDM Kedah pada 9 Okt 2021 dan setelah dikemukakan serta dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PVTLDM Kedah Ke-13 pada 6 Nov 2021 yang lalu telah membuat keputusan berikut :-

RUJUK : 
*PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA PVTLDM KEDAH*

*FASAL 5 - YURAN TAHUNAN* *(PINDAAN)*
5.1 Yuran masuk/tahunan hendaklah dibayar secara sekali gus ketika pendaftaran dibuat. Yuran Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah adalah ditetapkan seperti berikut:
i) Ahli Seumur Hidup adalah sebanyak *RM20.00 - dibaca RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) - termasuk suami atau isteri*. 
ii) Ahli Seumur Hidup berstatus duda atau janda sebanyak *RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) - tidak termasuk tanggungan lain*.
iii) Ahli Bersekutu (Balu atau anak) adalah sebanyak *RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) - tidak termasuk tanggungan lain*

*FASAL 6 - BANTUAN KEWANGAN DAN SYARAT BANTUAN*
6.1 Wang bantuan akan dikeluarkan kepada waris Ahli PVTLDM Kedah yang sah apabila berlaku kematian Ahli sama ada isteri atau suami dan Ahli Bersekutu yang berdaftar sebanyak *RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja)* dengan syarat ada Salinan Sijil Kematian atau Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang sah.

6.2 Wang bantuan akan dikeluarkan kepada *Ahli Seumur Hidup atau Ahli Bersekutu* berdaftar yang masuk hospital disebabkan rawatan atau sakit kronik dengan syarat mendapat pengesahan doktor atau ada surat pengesahan keluar hospital. Pemberian bantuan hanya *sekali (1) kali dalam setahun* seperti berikut:-
i) Masuk hospital *< 3 hari - bantuan sebanyak RM50.00  (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)*
ii) Masuk hospital *> 3 hari - bantuan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)*

*FASAL 13 - PERKARA AM*
13.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran peraturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Persatuan Veteran TLDM Kedah untuk dibincang dan dimuktamatkan. 
13.2 Sebarang pindaan kepada Peraturan-peraturan ini hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah dan Jawatankuasa Persatuan Veteran TLDM Kedah tertakluk kepada keperluan semasa.

*CATITAN (Pindaan)*:
*Fasal 6.2 - Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu yang berdaftar saja yang layak, tidak termasuk suami atau isteri (Veteran TLDM).
i) Masuk hospital *< 3 hari (3 hari 2 malam). Contoh : masuk hospital 01 hb dan keluar pada 03 hb*.
ii) Masuk hospital *> 3 hari (4 hari 3 malam). Contoh : masuk hospital 01 hb dan keluar pada 04 hb*.

# Kepada Tuan/Puan yang belum menjadi ahli dan ingin untuk menyertai Skim Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah bagi tahun 2022 serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut, sila nyatakan :
“Saya bersetuju untuk menyertai Skim Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah bagi tahun 2022 dan faham syarat-syarat tersebut". 
Bagi pengesahan sebagai tanda persetujuan, sila klik *Invite link to Whatsapp Group Tabung Kebajikan Bersama PVTLDM Kedah* yang akan bermula pada 01 Jan 2022 nanti.

Sila klik: 
*https://chat.whatsapp.com/H4DjnsbbWO70ivpVt4KbRE*

*# Bayaran Yuran Tahunan*
Bayaran bolih dibuat terus ke Akaun *Maybank*
No. Akaun : *1520 2203 6454*
Nama: *Mat Yatim b. Yahaya* 
*(Pengerusi TBK)*

# Pembayaran bermula pada *01 Dis 2021*.
# Tarikh Akhir untuk pembayaran adalah pada *31 Jan 2022*. 
# Tiada lagi pendaftaran dan pembayaran selepas *31 Jan 2022*.
# Pendaftaran Ahli Baru hanya akan dibuka semula pada 01 Dis 2022, bersama pembayaran yuran tahunan keahlian 2023. 

*Setelah bayaran dibuat, sila  'screenshot' transaksi atau ambil gambar resit ATM dan catitkan  butiran berikut pada resit : 
 *No.Ahli......... *
 *Nama........ *
 *RM........ *

Hantar melalui whatapps/sms ke talian *019-4789040*
*Mat Yatim b. Yahaya* 
(Pengerusi TKB) 
(tidak perlu buat panggilan)

Keperihatinan serta kerjasama tuan/puan amatlah disanjung tinggi. Terima kasih. 

Mat Yatim b. Yahaya
Pengerusi 
Tabung Kebajikan Bersama
PVTLDM Kedah
19 Nov 2021

Saturday, 6 November 2021

VETERAN TENTERA DIGESA SERTAI PERSATUAN

Oleh/Foto: Paklang Hamzah

Alor Setar 6 Nov - Veteran tentera diingatkan supaya menjadikan persatuan sebagai medium baharu selepas menamatkan perkhidmatan bagi memperjuangkan hak yang belum selesai.

Ini adalah kerana melalui persatuan, veteran tentera akan menjadi kuat untuk menuntut apa-apa imbuhan atau peruntukan dari pihak kerajaan berbanding tuntutan yang dibuat  secara peribadi bagi mengenang jasa dan pengorbanan veteran tentera dalam memperjuangkan kemerdekaan dan mengekalkan keamanan negara selama ini.

Yang Berhormat Encik Wan Romani  Wan Salin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman  berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia negeri Kedah (PVTLDM) ke-13 di Hotel Seri Malaysia hari ini.

Dalam majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM 2000.00 bagi mengisi tabung  PVTLDM Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Bukit Pinang berkata, adalah menjadi suatu kewajipan bagi veteran-veteran tentera dan polis menubuhkan persatuan veteran masing-masing dalam usaha menyambung kembali ukhuwah dan saling membantu rakan-rakan seperjuangan yang tidak bernasib baik setelah menamatkan perkhidmatan.

Dalam majlis yang sama, Yang Dipertua PVTLDM Kedah yang baharu dilantik, Tuan Haji Zulkifli Muhyiddin menyatakan veteran TLDM di negeri Kedah sehingga kini ialah seramai 1800 orang.  Namun hanya seramai 665 orang sahaja yang telah menjadi ahli.

Beliau berkata, apa yang semua ahli perlu buat untuk mengatasi kekurangan ini ialah kempen 'member get member' di mana setiap ahli cuma perlu membawa seorang rakan baharu ke dalam persatuan.

Dengan cara ini beliau yakin semua veteran TLDM negeri Kedah akan berada di dalam persatuan sekali gus akan menyenangkan pihak persatuan menyalurkan apa jua bentuk bantuan bila keadaan memerlukan mengikut kemampuan yang ada.

Setakat ini PVTLDM Kedah telah berjaya mewujudkan Tabung Kebajikan sendiri. Meski pun baharu hanya hampir setahun beroperasi, Tabung ini sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban ahli-ahli dan bukan ahli yang telah ditimpa musibah. 

Dengan caruman ahli sebanyak RM20.00 setahun, ahli diberi ganjaran sebanyak RM 600.00 jika berlaku kematian ahli atau pasangan dan RM100.00 bantuan segera jika ahli dan pasangan dimasukkan ke wad hospital tanpa mengira kaum atau anutan.