Monday, 29 April 2024

๐—”๐—ง๐—  ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ โ€˜๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—š๐—˜๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€™


Ekoran daripada tragedi nahas helikoper Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 Pegawai dan Lain-Lain Pangkat TLDM pada 23 April 2024 yang lalu, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Tabung Khas iaitu โ€˜๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€™.โ€˜

๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€™  diaktifkan bermula siaran ini dikeluarkan sehingga berakhir bulan Jun 2024. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta.

Sumbangan boleh dihulurkan terus secara atas talian (online) kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan โ€˜๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€™ sebagai rujukan atau 

melalui cek atas nama โ€˜Tabung Kebajikan Angkatan Tenteraโ€™ dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. 


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-40131023.


Nama dan No Akaun โ€˜๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€™ adalah seperti berikut:


Nama Akaun : ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ (๐—ง๐—ž๐—”๐—ง).

Nombor Akaun : ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฎ.

Nama Bank : ๐—”๐—ณ๐—ณ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ธ.





Thursday, 25 April 2024

Suasana Pilu Mengiringi Jenazah Wira Negara

 


Sik 25 Apr - Sukar untuk digambarkan suasana pilu mengiringi kedua-dua jenazah mangsa  insiden helikopter Tentera Laut  Diraja Malaysia (TLDM) terhempas semasa dibawa ke Tanah Perkuburan berasingan di Kedah malam tadi. 


Tn. Hj Somad Ismail  dan En. Zainurim Ahmad yang mewakili  Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) yang berada di kedua-dua di lokasi malam tadi melaporkan ribuan  hadir mengiringi jenazah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-kedua mangsa tragedi yang berasal dari negeri Kedah ini.  


Orang ramai yang hadir bukan sahaja dalam kalangan penduduk kampung kelahiran mereka malah ramai dalam kalangan rakan-rakan dalam perkhidmatan dan veteran-veteran TLDM dari pelbagai daerah turut sama hadir memberi penghormatan terakhir buat wira TLDM yang terkorban.


Di Sik, jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah  Perkuburan Masjid Al Muhtadin, Sik Dalam, Kedah pada jam 10.15 malam bersebelahan pusara ibunya Fatimah Abdullah.  Turut hadir dalam upacara pengebumian jenazah malam tadi adalah Panglima Markas Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Roslee bin Mohamad Isa sebagai wakil Panglima Tentera Laut.


Allahyarham PWII TLR Muhammad Faisol merupakan Air Quartermaster (AQM) bagi pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) M503-3 yang berpangkalan di Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK).  Semasa kejadian pesawat mereka dalam misi penerbangan raptai hari TLDM ke-90 tahun 27 April ini. 


Sementara itu, di Yan, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan pada 9.50 malam berhampiran kubur arwah ibunya Ratipa Yahaya. 


Allahyarham BM TNL Noor Rahiza adalah salah seorang daripada tiga orang penumpang di dalam pesawat HOM M503-3 yang juga terlibat di dalam acara sambutan HUT TLDM ke-90.


Pengebumian kedua-dua wira negara ini diiringi dan diberi tabik hormat terakhir oleh Pasukan Kawalan Jenazah TLDM yang dilakukan mengikut tradisi serta  istiadat ketenteraan.

Yang Di-Pertua  PVTLDM Cawangan Negeri Kedah Tn. Haji Zulkifli bin Haji Muhyiddin sewaktu dihubungi berkata, pihak PVTLDM akan membuat kunjungan ziarah ke rumah keluarga kedua-dua mangsa dalam masa terdekat untuk melihat apa yang boleh pihak PVTLDM bantu dalam konteks kebajikan dan seumpamanya.

Foto-foto sekitar Pengebumian di Sik dan Yan Kedah. Kredit foto kepada grup PVTLDM Kedah.












Tuesday, 23 April 2024

Salam Takziah

 


Saya Haji Zulkifli bin Haji Muhyiddin selaku Yang Di-Pertua dan barisan kepimpinan Persatuan Veteran TLDM Cawangan Negeri Kedah mewakili seluruh ahli  mengucapkan takziah kepada seluruh warga TLDM terutamanya keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan udara pagi ini.

Semuga Allah merahmati dan memuliakan kematian mereka yang terlibat bersama golongan syuhada.