Konversi ini merupakan pengiktirafan kepada warga ATM |
Teras Kebajikan yang termaktub dalam Hala Tuju Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah meletakkan keutamaan paling tinggi dimasa hadapan dalam aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Justeru, dalam usaha memperkasa inisiatif kebajikan kepada warga ATM, KEMENTAH bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah merencanakan perancangan khusus dengan memperkenalkan Program Diploma Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL).
Program ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan pada 2 Februari 2017. RPEL adalah inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) antara Kementerian Pertahanan PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia (Pembangunan Sumber Manusia Berhad).
RPEL adalah satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi ketrampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan National Ocupational Skills Standards (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.
Warga ATM khususnya yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan telah menghadiri pelbagai kursus dari Pusat-pusat Latihan ATM secara teori dan praktikal tetapi tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan dan swasta.
Melalui Program Diploma RPEL, pengalaman dan pembelajaran di dalam perkhidmatan ATM akan diiktiraf bagi memenuhi keperluan industri dan individu secara holistik sekali gus akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap individu.
Peserta diberi masa selama 3 bulan bagi menyiapkan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT). Di akhir program, semua laporan serta dokumen-dokumen sokongan akan dipersembahkan kepada JPK, Kementerian Sumber Manusia untuk dinilai.
# RM750.00 dikenakan kepada setiap peserta dan dibayar kepada PERHEBAT selaku penganjur program. Program ini terbuka kepada Anggota dan Veteran ATM.
Menurut Lt Kdr Mohd Zin Bin Mohamed @ Mohamed Yahya (Bersara) selaku Pembimbing Diploma RPEL, program ini akan berakhir setelah 35 peratus daripada 14 juta tenaga kerja di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya Diploma. Sehingga kini lebih 30 peratus telah memiliki Diploma ke atas. Katanya lagi, sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 017 5371964 (Zin).
No comments:
Post a Comment