Tuesday, 27 October 2020

PVTLDM KEDAH RANCANG TUBUH TABUNG KEBAJIKAN

 Kubang Pasu - Persatuan Veteran TLDM Kedah (PVTLDM KEDAH) sedang merancang untuk menubuhkan Tabung Kebajikan Ahli dalam usaha menarik minat veteran-veteran TLDM di dalam negeri Kedah menyertai persatuan menjelang tahun 2021.

Ketua Ahli Jawatankuasa Penaja, Tuan Haji Somad Ismail berkata, matlamat utama penubuhan Tabung Kebajikan ini adalah bagi membantu meringankan beban ahli atau pasangan  yang dimasukkan ke wad hospital dan sumbangan kematian di samping menyatukan ahli-ahli serta memupuk semangat setiakawan dan saling membantu ketika ditimpa musibah atau kesusahan.


Menurut Somad lagi, keahlian terbuka kepada semua ahli PVTLDM Kedah sahaja dengan menyumbang secara tahunan sebanyak RM 20.00 bagi ahli serta pasangan dan RM 10.00 bagi individu bujang.


Beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ahli akan menyokong bagi merealisasi penubuhan Tabung Kebajikan ini. Keahlian PVTLDM Kedah terkini adalah 556 orang.


Sehubungan dengan itu, beliau menyeru  veteran-veteran TLDM yang bermastautin di negeri Kedah agar mendaftar sebagai ahli PVTLDM Kedah bagi melayakkan mereka untuk menikmati kemudahan tersebut.

No comments:

Post a Comment