Wednesday, 16 November 2022

Lawatan Kebajikan

Oleh/Foto: Zainurim

Alor Setar 16 Nov 22 - Pengarah JHEV KPP,  Mej Ahmad Ramdzan Mohamed TUDM dan staf  berkesempatan membuat lawatan kebajikan serta menyampaikan sumbangàn ke atas veteran PVTLDM Kedah, Hj Khalid Hashim (KD00086) di rumah beliau di Taman Utama, Mergong pagi tadi. 

Veteran mengalami masalah kesihatan iaitu kanser prostate dan telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali. 

Turut hadir dalam lawatan bersama Pengarah, beberapa orang ahli Jawatakuasa PVTLDM Negeri Kedah.



Thursday, 10 November 2022

Penganugerahan PJM Zon Utara

YDP PVTLDM Kedah bersama Ahli PVTLDM Zon Utara yang  menerima PJM

Oleh/foto: Hj Somad

ALOR SETAR, 10 Nov 2022 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan telah menyempurnakan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) peringkat negeri Kedah Pulau Pinang dan Perlis dalam satu majlis di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

Penganugerahan ini merupakan salah satu inisiatif dibawah strategi Pengiktirafan Jasa Pejuang dalam Pelan Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia 2021-2025. 

Seramai 520 orang veteran ATM termasuk balu telah dianugerahkan PJM pada hari ini yang merupakan salah satu penghargaan Kerajaan terhadap jasa dan bakti yang telah mereka curahkan terutamanya semasa tempoh Darurat Kedua.

Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan dalam ucapan beliau menyeru kepada semua veteran dan waris termasuk balu yang belum menerima PJM ini agar mendaftar dengan JHEV ATM bagi membolehkan penganugerahan dibuat dengan kadar segera. 

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Darus. Penerima-penerima dari Persatuan Veteran TLDM Kedah adalah seramai 24 orang.


Sunday, 18 September 2022

KEMPEN MEMBER GET MEMBER DITERUSKAN

Alor Setar 18 Sep 2022 - Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (VTTLDM) umumnya diseru supaya menjadikan Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) sebagai wadah perjuangan baharu selepas menamatkan perkhidmatan terdahulu tanpa mengira berapa tahun mereka berkhidmat.  Ianya sangat penting bagi memudahkan kebajikan mereka atau keluarga mereka disantuni jika berlaku sesuatu musibah. 


Di samping itu juga dapat mengekalkan ukhuwah silaturrahim dan semangat Navy Peoples  supaya terus kekal berpanjangan di antara generasi lama dan generasi baharu. 


Seruan ini dizahirkan oleh Yang Di-pertua Persatuan Veteran TLDM, Tuan Haji Zulkifli bin Hj Muhyiddin dalam ucapan aluan beliau sempena Mesyuarat Agung Tahunan PVTLDM Cawangan Negeri Kedah kali ke-14 di hotel Seri Malaysia Alor Setar hari ini.


Justeru itu katanya lagi, setiap ahli berdaftar harus meneruskan peranan supaya mengamalkan amalan ‘member get member’ bagi menggalakkan lebih ramai veteran TLDM menyertai persatuan. Setakat ini PVTLDM Kedah mempunyai 730 orang ahli yang berdaftar seumur hidup berbanding jumlah veteran TLDM yang berada di negeri Kedah hampir 2000 orang. 


Beliau juga mengingatkan supaya sebarang isu sensitif berkaitan dengan keagamaan dan politik kepartian yang mana ianya bertentangan dengan tujuan asal penubuhan persatuan hendaklah dihindarkan dari berada di media sosial persatuan.


Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Tuan Zulqurnain bin Osman selaku Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Yang berhormat Datuk Haji Awang bin Hasyim, Timbalan Menteri Sumber manusia, merangkap Ahli Parlimen Pendang. 


Dalam ucapan perasmian, Tuan Zulqurnain turut menyeru supaya semua veteran TLDM dapat menjadikan PVTLDM sebagai jemaah supaya dapat membentuk kerjasama supaya sesuatu yang ringan dapat dijinjing dan sesuatu yang berat dapat dipikul bersama. 


Tegas beliau lagi, “Tidak boleh tidak, jasa dan pengorbanan bekas perajurit khususnya pada hari ini, Veteran Tentera Laut tidak boleh dilupakan begitu sahaja. It should not be left unnoticed and unspoken. All of them have been struggling way beyond measure, blood and sweat, only for the sake of our beloved nation. Saya yakin dan percaya dengan kewujudan PVTLDM yang menerapkan nilai-nilai sejagat seperti berdikari, demokrasi, persamaan hak (equality), keadilan (equity of treatment), bersatu padu (solidarity) dan nilai etika seperti ketelusan, kejujuran dan keikhlasan akan menjadikan PVTLDM sebagai platform NGO yang cukup berkesan”. 


Turut hadir dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah YBhg Mej Kehormat Dato’ Haji Mohd Sobre bin Abdullah , YDP PVTLDM Pulau Pinang bagi mewakili Presiden PVTLDM dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Utara, Mej Ahmad Ramdzan  bin Mohamad TUDM.


Yang Di-pertua Persatuan Veteran TLDM , Tuan Haji Zulkifli bin Hj Muhyiddin

YBhg Mej Kehormat Dato’ Haji Mohd Sobre bin Abdullah , YDP PVTLDM Pulau Pinang bagi mewakili Presiden PVTLDM

Tuan Zulqurnain bin Osman selaku Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Yang berhormat Datuk Haji Awang bin Hasyim, Timbalan Menteri Sumber manusia, merangkap Ahli Parlimen Pendang. 



Tuesday, 13 September 2022

BEKAS BOXER TLDM DALAM KEADAAN UZUR


Sami'un Abdullah


Besut, 13 Sep 2022- Bekas Petinju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) era 1980an kini dilaporkan berada dalam keadaan uzur. Veteran TLDM, 807664 LK PPP  Sami’un bin Abdullah (65)  kini sedang mengalami komplikasi sakit jantung dan buah pinggang.


Beliau merupakan seorang petinju TLDM  suatu ketika dulu telah menamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos 1994 setelah berkhidmat selama 13 tahun.  Sami’un yang berasal dari kampung Gong Surau Kuala Besut Terengganu kini menetap di kampung Chegar Batang, Pasir Akar Jerteh bersama isteri dan anak-anak selepas menamatkan perkhidmatan. Melakukan kerja-kerja sendiri di kampung bagi meneruskan kesinambungan hidup. 


Beliau juga merupakan ahli seumur hidup Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) No Ahli KN0136  Cawangan Kelantan dan Persatuan Veteran ATM (PVATM) No Ahli 4015, Cawangan Besut Terengganu.


Ahli Jawatankuasa PVTLDM Terengganu, saudara Zaid bin Daud berkata, keadaan Samiun agak stabil selepas dikeluarkan dari wad hospital Jerteh  pada 27 Ogos 2022 yang lalu. Namun begitu, beliau masih memerlukan kerusi roda untuk melakukan pergerakan di dalam rumah dan perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.


Menurut Zaid lagi, kedua-dua Persatuan Veteran yang Sami’un sertai sentiasa memantau perkembangan keadaan beliau dan mengharapkan sumbangan tambahan dari sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Zaid di talian 0179771814.


En Muslizani, AJK PVTLDM Kelantan melawat Sami'un baru-baru ini


En. Zaid bersama rakan-rakan veteran TLDM Besut sentiasa memantau keadaan kesihatan Sami'un 


Sunday, 14 August 2022

KUNJUNGAN HORMAT PVTLDM KEDAH KE PEJABAT SUK NEGERI KEDAH


Alor Setar, 14 Ogos 2022 - Dalam usaha untuk memperkenalkan Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Negeri Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri, Yang Di pertuanyaTn. Hj. Zulkifli bin Muhyiddin yang juga Naib Presiden 3 PVTLDM Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan  (SUK) Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’  Shaikh Mahmood Naim di Wisma Darul Aman hari ini.


Kunjungan hormat buat julung kali oleh Persatuan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan salam ukhuwah ahli-ahli Veteran TLDM Cawangan negeri Kedah khususnya  di samping memberi penerangan serta memperkenalkan PVTLDM kepada YB Dato’ SUK sendiri tentang kewujudan PVTLDM di negeri Kedah khususnya sejak beberapa tahun lalu.


Dengan adanya kunjungan seperti ini secara tidak langsung telah meletakkan nama PVTLDM sebaris di dalam senarai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)  berdaftar yang terdapat dalam negeri Kedah.


“Semuga dengan kunjungan hormat ini PVTLDM Kedah tidak lagi di kesampingkan dalam apa jua aktiviti-aktiviti negeri seperti Majlis Sambutan Hari Pahlawan, Sambutan Hari Kebangsaan  dan lain-lain aktiviti dalam negeri Kedah khususnya.  Juga termasuk apa-apa jua bentuk sumbangan  dari kerajaan negeri serta dapat  merangka kerjasama dan persefahaman dalam konteks kebajikan ahli dan melaksanakan misi-misi kemanusiaan dan sebagainya.” Jelas Haji Zulkifli. 


Turut bersama dalam kunjungan ini ialah En Zakaria bin Sulaiman Naib YDP 1 PVTLDM Kedah merangkap Penyelaras DUN Alor Mengkudu dan Tuan Haji Somad bin Ismail, Ketua Penerangan PVTLDM Kedah.


Dato' Paduka Ammar memberikan
 cenderahati kepada YDP PVTLDM Kedah

Hj Zulkifli memberikan cenderahati kepada
 Dato'  Paduka Ammar



Friday, 12 August 2022

Nampak Sinar Di hujung Terowong

 

Keputusan perbincangan JHEV dengan Wakil-wakil
Persatuan ATM berkaitan isu tuntutan yang melibatkan
kewangan negara

Sunday, 26 June 2022

RAS LEKIR DAN USNS HENRY J. KAISER BERJAYA

 



Sumber/foto: TLDM Page

HAWAII, 26 Jun - KD LEKIR telah berjaya menjalankan pengisian semula (UNREP) di laut bersama USNS HENRY J. KAISER di perairan Hawaii, Amerika Syarikat.

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertemu dengan kapal minyak Amerika di perairan Hawaii di luar Pulau Oahu petang tadi, selepas hampir dua minggu belayar tanpa henti di Lautan Pasifik.

USNS HENRY J. KAISER melalui hari-hari  yang sibuk melayani kapal-kapal dari negara-negara luar  termasuk Malaysia mengisi minyak sebelum menuju ke Pangkalan Bersama Pearl Harbor-Hickam untuk menyertai latihan Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022.

KD LEKIR ialah wakil kedua Malaysia dalam RIMPAC selepas KD LEKIU mengambil bahagian pada 2018.

Diketuai oleh Pegawai Memerintah Komander Mohd Asri bin Dasman TLDM, korvet kelas Kasturi yang mempunyai 132 kekuatan akan melakukan tembakan peluru berpandu semasa fasa laut RIMPAC tahun ini.

Sebanyak 26 buah negara menyertai dengan menghadirkan 38 buah kapal perang, empat buah kapal selam, lebih 170 pesawat udara dan 25,000 kakitangan menyertai RIMPAC dari 29 Jun hingga 4 Ogos di dalam dan sekitar Kepulauan Hawaii dan California Selatan.

Latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia, RIMPAC menyediakan peluang latihan yang unik sambil memupuk dan mengekalkan hubungan kerjasama di kalangan peserta yang penting untuk memastikan keselamatan laluan laut dan keselamatan di lautan dunia.

RIMPAC 2022 ialah latihan ke-28 dalam siri yang bermula pada tahun 1971.



Sunday, 15 May 2022

SIMPOSIUM KERJAYA DAN ASPIRASI VETERAN PASCA PERKHIDMATAN

 

Assaalmualikum dan Salam perpaduan Veteran Malaysia

Kami Tim Penganjur  Simposium Kerjaya dan Aspirasi Veteran dengan rendah dirinya memohon pertimbangan dan kerjasama Tuan dan Puan selaku pucuk pimpinan organisasi persatuan veteran untuk turut sama menjayakan *Majlis Pelancaran Veteran Talent Capital yang akan disempurnakan pada 23 Jun 2022 sempena *Simposium Kerjaya dan Aspirasi Veteran* nanti. 

Oleh yang demikian kami menjemput Tuan dan Puan  selaku presiden atau pengerusi persatuan veteran untuk menjadi tetamu jemputan kami. Dalam masa yang sama kami menyeru agar setiap persatuan veteran boleh membawa 6 peserta termasuk Pengerusi  persatuan ke Simposium di mana pihak penganjur akan hanya mengenakan bayaran untuk 5 orang seperti yang tertera dalam bahan promosi. 

Sekali lagi kami mohon penyertaan Tuan dan Puan bersama membawa ajk ke majlis Pelancaran *Veteran Talent Capital* sempena simposium untuk kita sama sama menterjemahkan kesatuan veteran Malaysia yang kita perjuangkan selama ini. 

Hubungi ajk kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran

*Ts Afandi* http://www.wassap.my/01957558

*Azlina*

http://www.wassap.my/01112356939


Terima kasih diatas perhatian.


Saturday, 1 January 2022

VETERAN TLDM KEDAH ‘MAKAN LEMBU’

 

Sebagai pembuka tirai 2022, Persatuan Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Negeri Kedah telah memulakan acara dengan  kenduri ‘makan lembu’.  Seekor lembu telah ditumbangkan bagi meraikan ahli dan bukan ahli veteran negeri Kedah.

Seramai lebih 400 orang veteran bersama keluarga yang datang dari seluruh pelusuk negeri Kedah telah berhimpun seawal jam 1200 di Awara Chalet Alor Setar bagi merealisasikan kenduri keluarga PVTLDM Kedah.

YDP PVTLDM Kedah, Tuan Haji Zulkifli Muhyiddin berkata, majlis ini akan dimasukkan ke dalam kalendar tahunan persatuan bagi mempertemukan semua veteran-veteran dalam negeri Kedah dalam usaha menyambung dan mengeratkan ukhuwah silaturrahim di samping bertanya khabar di antara satu sama lain.

Biar gambar bercerita…..

Selamat datang ke  AWARA Chalet


Tim Urus setia

Ucapan aluan YDP PVTLDM Kedah

ExPRI Hj Razak memimpin doa bacaan selamat





so sweet couple...


Kopi veteran laris




Di antara yang hadir lahir dalam bulan jan



heppy besday to youuu

orang2 kuat PVTLDM Kedah ni...

sup power bag hang...

AJK bertungkus lumus menyediakan keperluan

Nasi daging sup daging fresh power  jadi hidangan utama

no tentera 4 angka ....sangat otai masih sihat

Tok Penghulu DUN Alor Mengkudu hadir memberi sokongan




agaknya dah lama tak bertemu nih.... jamal (AT) dan Hj Kadir





hahaha usung berdua naa

Paktam PASKAL pun ada

YDP menyampaikan cenderahati kpd En Zakaria yang menyumbang
hadiah2 cabutan bertuah

Agak tegang....YDP Perlis, TYDP & YDP Kedah

barisan JK Pengelola


Tim Serikandi PVTLDM Kedah

Penulis pun nak tumpang sekaki jugakkk.. jumpa incharge lama


Welldone PVTLDM Kedah