Yan Kedah 20 Mei - Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (VTLDM) negeri Kedah telah diraikan dalam satu Majlis Rumah Terbuka hari ini. Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah dianjurkan oleh Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Cawangan Kedah.
Seramai lebih 400 orang ahli dan bukan ahli PVTLDM datang bersama keluarga dan berkampung di Amandara Mandi Chalet Yan bagi merealisasikan perjumpaan tahun ini. Di samping majlis makan-makan, beberapa aktiviti telah diatur bagi menyerikan lagi suasana perayaan. Ianya termasuk acara sukaneka bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Kanak-kanak juga diberi angpau raya yang disediakan oleh persatuan dan sumbangan orang perseorangan yang hadir.
Yang Di-pertua PVTLDM , Tuan Haji Zulkifli bin Hj Muhyiddin dalam ucapan aluan berharap, perjumpaan ini dapat mengekalkan ukhuwah persaudaraan dan semangat Navy Peoples terus kekal berpanjangan di antara generasi lama dan generasi yang baharu menamatkan perkhidmatan supaya dapat menyesuaikan diri bila menjadi orang awam.
Katanya lagi, PVTLDM Kedah setakat ini merupakan persatuan yang sangat aktif dalam menjaga kebajikan ahli-ahli dan sentiasa turun padang dalam memberi sumbangan kepada ahli serta keluarga yang ditimpa musibah.
Justeru, beliau menyeru supaya mana-mana veteran TLDM yang belum menjadi ahli diminta menyertai PVTLDM dengan segera supaya mereka tidak terkecuali dalam mendapat perhatian persatuan bila ditimpa musibah.
Dalam majlis yang sama, penyerahan Sijil Pingat Jasa Malaysia (PJM) turut diberikan kepada veteran yang telah menerima Pingat tersebut dalam majlis yang berasingan sebelum ini. Beliau berkata, Persatuan dan Koperasi PVTLDM negeri Kedah sentiasa komited dan sedang berusaha untuk melaksanakan projek sendiri dalam usaha menambah baik penjanaan ekonomi persatuan dan ahli-ahli yang terlibat.
Foto-foto di sekitar majlis.
Syabas Pvtldm Kedah dpt menganjurkan Majlis Raya dgn jayanya
ReplyDelete