Tuesday, 27 October 2020

PVTLDM KEDAH RANCANG TUBUH TABUNG KEBAJIKAN

 Kubang Pasu - Persatuan Veteran TLDM Kedah (PVTLDM KEDAH) sedang merancang untuk menubuhkan Tabung Kebajikan Ahli dalam usaha menarik minat veteran-veteran TLDM di dalam negeri Kedah menyertai persatuan menjelang tahun 2021.

Ketua Ahli Jawatankuasa Penaja, Tuan Haji Somad Ismail berkata, matlamat utama penubuhan Tabung Kebajikan ini adalah bagi membantu meringankan beban ahli atau pasangan  yang dimasukkan ke wad hospital dan sumbangan kematian di samping menyatukan ahli-ahli serta memupuk semangat setiakawan dan saling membantu ketika ditimpa musibah atau kesusahan.


Menurut Somad lagi, keahlian terbuka kepada semua ahli PVTLDM Kedah sahaja dengan menyumbang secara tahunan sebanyak RM 20.00 bagi ahli serta pasangan dan RM 10.00 bagi individu bujang.


Beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ahli akan menyokong bagi merealisasi penubuhan Tabung Kebajikan ini. Keahlian PVTLDM Kedah terkini adalah 556 orang.


Sehubungan dengan itu, beliau menyeru  veteran-veteran TLDM yang bermastautin di negeri Kedah agar mendaftar sebagai ahli PVTLDM Kedah bagi melayakkan mereka untuk menikmati kemudahan tersebut.

Sunday, 6 September 2020

Warga ATM Digesa Memiliki Diploma Untuk Bersaing Di luar Perkhidmatan

Konversi ini merupakan pengiktirafan kepada warga ATM

Teras Kebajikan yang termaktub dalam Hala Tuju Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah meletakkan keutamaan paling tinggi dimasa hadapan dalam aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Justeru, dalam usaha memperkasa inisiatif kebajikan kepada warga ATM, KEMENTAH bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah merencanakan perancangan khusus dengan memperkenalkan Program Diploma Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL). 

Program ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan pada 2 Februari 2017. RPEL adalah inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) antara Kementerian Pertahanan PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia (Pembangunan Sumber Manusia Berhad).

RPEL adalah satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi ketrampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan National Ocupational Skills Standards (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

Warga ATM khususnya yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan telah menghadiri pelbagai kursus dari Pusat-pusat Latihan ATM secara teori dan praktikal tetapi tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan dan swasta.  

Melalui Program Diploma RPEL, pengalaman dan pembelajaran di dalam perkhidmatan ATM akan diiktiraf bagi memenuhi keperluan industri dan individu secara holistik sekali gus akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap individu.

Peserta diberi masa selama 3 bulan bagi menyiapkan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT).  Di akhir program, semua laporan serta dokumen-dokumen sokongan akan dipersembahkan kepada JPK, Kementerian Sumber Manusia untuk dinilai.

# RM750.00 dikenakan kepada setiap peserta dan dibayar kepada PERHEBAT selaku penganjur program.  Program ini terbuka kepada Anggota dan Veteran ATM. 

Menurut Lt Kdr Mohd Zin Bin Mohamed @ Mohamed Yahya (Bersara) selaku Pembimbing Diploma RPEL, program ini akan berakhir setelah 35 peratus daripada 14 juta tenaga kerja di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya Diploma.  Sehingga kini lebih 30 peratus telah memiliki Diploma ke atas.  Katanya lagi, sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 017 5371964 (Zin).

Saturday, 8 August 2020

Diving Is Fun

 

Add caption

Sometimes you will never knows the value of a MOMENT until it becomes a MEMORY.

SCUBA DIVING COURSE* 

 *Tioman/Perhentian Island* 

- International Scuba Diver  (Open Water) 

- RM1250.00

- 3D 2N

- Return Ferry ticket

- Sharing accommodation

- 1 x NAUI Manual

- 1 x Dive Table

- 2 x Shore Dive

- 2 x Boat Dive

- Diving equipment rental

- Underwater photography

 *Not include* 

F & B

Taman Laut fee - Own expenses

Let's go Diving and leave the crowds behind.

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption

*Further info just click  http://www.wasap.my/60122977200

Pastinya anda akan berpuas hati dengan menimba pengalaman bersama jurulatih selam  berpengalaman.  Hj Mohd Souafi bin Mohamed merupakan bekas jurulatih selam tempur Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpengalaman luas.

Lt Kdr Hj Mohd Souafi (Bersara)


 


Ya Allah, kami mohon perlindungan Mu

Wabak COVID'19 sehingga kini belum menampakkan pengurangan penularannya dalam negara.

PVTLDM ingin mengajak masyarakat semua supaya sentiasa bermunajat dan mengharap pelindungan Allah di samping berusaha mencegah dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi segala SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dengan membudayakan kehidupan norma baharu.

Sama-sama kita aminkan dan beramal dengan doa ini. Moga Allah terus berikan kita perlindungan.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Friday, 12 June 2020

KOPI RAJA HERBA KELUARAN PERSATUAN VETERAN TLDM



# Campuran Herba Hutan
# Memulih Dan Beri Tenaga
# Membakar Dan Buang Kotoran
# Mengalir Dan Meneutral Kotoran
# Risalah Disedia Utk Pelanggan

# # Pertanyaan / Wakil Jualan :
*Tn Mat Nor. 018-466 9573*
No. 90 Seberang Bakar Bata, Sbg Pumpong,
05150 Alor Setar, Kedah

# Harga Jualan :
(1 Kotak 15 Paket/30 Gram)
# Ahli PVTLDM  RM20
# Jualan Tunai

# Stok Terhad. Jualan Laris Di luar jangka. In Shaa Allah, Siapa Cepat, Dapat.

Segala2nya, In Shaa Allah

121320H Jun 2020

Wednesday, 10 June 2020

JENIS BANTUAN KEBAJIKAN UNTUK VETERAN ATM

Sumber: Jhev

Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

*JENIS-JENIS SKIM BANTUAN*

1. *Skim Bantuan Sara Hidup*
Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang daif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan. Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan.

2. *Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan*
Skim ini adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.

Kadar bantuan ialah RM 500.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM 700.00 setahun bagi sekolah menengah dan kolej vokasional kebangsaan. Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

3. *Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik*
Skim ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Permohonan adalah DIHADKAN kepada Universiti Awam (UA) dan Politeknik di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah RM1,000.00 untuk pengajian peringkat Diploma dan RM1,500.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kemasukan / pendaftaran ke UA /Politeknik.

4. *Bantuan Peralatan Pesakit*
Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokonganseperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
Kadar bantuan maksimum adalah RM 5,000.00 sekaligus.

Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian bagi alat berkenaan.

Bagi tuntutan bayaran balik peralatan, pemohon hendaklah mengemukakan resit asal pembelian dan permohonan hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh SETAHUN dari tarikh pembelian alat berkenaan.

5. *Bantuan Bencana Alam*
Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.
Kadar bantuan maksimum RM5,000.00 sekaligus.

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kejadian

*Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan JHEV berdekatan*

Tuesday, 9 June 2020

FAEDAH PERUBATAN KEPADA VETERAN ATM

Sumber JHEV.

Faedah perubatan adalah faedah yang dinikmati secara percuma oleh veteran/waris semasa menerima rawatan/ubatan di hospital tentera dan juga hospital kerajaan. 

Untuk makluman, JHEV telah membuat perjanjian dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd di mana mulai 1 Apr 2016, semua urusan berkaitan ubat dan peralatan pesakit diuruskan oleh syarikat tersebut.

Sehingga kini lebih 100 farmasi komuniti di seluruh Malaysia telah mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd. Kemudahan ini membolehkan veteran ATM tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Mulai 1 Julai 2016, tuntutan balik perubatan (pay and claim) tidak dibenarkan lagi.

Siapa Yang Layak
   
Orang yang layak menerima faedah perubatan ini adalah seperti berikut :
1. Veteran ATM.

2. Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan KBT/KV.

3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.

 4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
Berumur di bawah 18 tahun
Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.
    
Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd (IJNSB). Syarat-syarat untuk menerima kemudahan perubatan ini adalah seperti berikut:
1. Veteran ATM yang datang untuk mendapatkan rawatan di IJNSB mestilah telah diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician/Pakar Kardiologi) hospital kerajaan atau tentera.

2. Veteran ATM yang datang terus ke IJNSB tanpa dirujuk oleh doktor pakar hospital kerajaan/tentera tidak akan diberi kemudahan percuma walaupun mereka mengemukakan KBT/KV. IJNSB boleh mengenakan caj rawatan kepada mereka sepertimana yang dikenakan kepada pesakit persendirian.

3. Mereka hendaklah menanggung sendiri segala kos berkaitan selaras dengan Perintah Am 4 Bab F (Perubatan).

4. Dalam keadaan kecemasan IJNSB akan menerima dan memberi perkhidmatan perubatan serta rawatan kepada pesakit/bekas tentera yang datang tanpa rujukan oleh hospital kerajaan.

 5. Pesakit/waris dikehendaki menyerahkan surat pengesahan daripada JHEV kepada IJNSB dalam tempoh 24 jam.

6. Bagi Veteran/pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta terus ke IJNSB dalam “keadaan kecemasan”, mereka hendaklah membayar segala caj yang dikenakan oleh IJNSB.

7. Walau bagaimanapun mereka boleh memohon kepada JHEV (bagi Veteran yang layak) untuk pertimbangan bayaran balik.

8. Bayaran Cagaran Wad. Veteran ATM/pesakit yang dimasukkan ke wad perlu mengemukakan sendiri wang cagaran tersebut. 
  
Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri.

1. Pesakit mendaftar di hospital kerajaan/tentera dan disahkan oleh Pakar Perubatan hospital bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang mana tidak boleh diperolehi di hospital kerajaan/tentera.

2. Ketua Pengarah BPK akan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan/tentera.

3. Pesakit mestilah mendapat kelulusan JHEV sebelum memulakan rawatan di hospital swasta dalam negeri.
  
Permohonan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan Rawatan, Ubat atau Alatan Pesakit

Rawatan Kecemasan - Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat;
1. Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.

2. Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.

3. Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.

4. Permohonan perbelanjaan  bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinci mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu bertaip.

Ubat - Pengambilan ubat di Farmasi yang mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.

2. Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).

3. Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.

4. Tidak termasuk makanan tambahan [food supplements] dan ubat alternatif [alternative medicine] kecuali susu yang diperlukan oleh pesakit bagi meneruskan kelangsungan hidup dan beliau tidak boleh mengambil sebarang makanan lain selain dari susu. 

Pembekalan Alat Ortopedik / Anggota Palsu -  Pembekalan alat ortopedik dan anggota palsu (artifical limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya (seperti pacemaker), Alat Bantu Pendengaran, Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag dan Intraocular Lens boleh dipertimbangkan oleh Syarikat OratisRX Sdn Bhd sekiranya;
1. Diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan kerana kecuaian atau semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

3. Penggantian bateri alat bantu pendengaran tidak di tanggung oleh kerajaan/tentera.

4. Alat pakai buang tidak ditanggung oleh kerajaan/tentera.

5. Perkhidmatan Perubatan

6. Perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan/tentera.
       
Rawatan Penyakit Buah Pinggang - Perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure), seperti haemodialysis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.

3. Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).

4. Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;

5. Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.

6. Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.

7. Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan/tentera.

8. Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.

9. Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi

PEMBUKAAN KAUNTER KHIDMAT MYPESARA DI SEMUA NEGERI DI SELURUH NEGARA

Atas permintaan ramai pesara, kini pesara kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat hal ehwal persaraan di Kaunter MyPesara bertempat di seluruh Pejabat SUK Negeri (kecuali di negeri berikut iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Sabah dan Sarawak).

Inisiatif terkini dari JPA dengan kerjasama Pejabat SUK-SUK Negeri bertujuan  untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pesara.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Kaunter MyPesara:-

a. Cetakan Penyata Pencen;
b. Cetakan Surat kelulusan Faedah Persaraan;
c. Semakan Status Persaraan; dan
d. Terimaan permohonan:
i. Kemaskini maklumat perkahwinan/penceraian;
ii. Kemaskini maklumat anak;
iii. Permohonan Pencen Terbitan bagi Kematian Dalam Persaraan;
iv. Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah;
v. Permohonan Pertukaran Akaun Bank;
vi. Permohonan Pelantikan Wakil Skim A; dan
vii. Pelantikan wakil diri untuk pesara/penerima pencen.

Kaunter MyPesara ini tiada di negeri-negeri berikut:
a. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Ibu pejabat JPA terletak di Putrajaya);
b. Selangor ( Ibupejabat Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terletak di Cyberjaya, Selangor);
c. Sabah (JPA mempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sabah); dan
d. Sarawak (JPA mempunyai cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan di Sarawak).

Berikut merupakan alamat-alamat kaunter MyPesara yang terlibat:

NEGERI PERLIS
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Persiaran Wawasan, 01000, Kangar
Perlis

NEGERI KEDAH
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah

NEGERI PULAU PINANG
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Paras 45, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10503 Pulau Pinang.

NEGERI PERAK
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak

NEGERI SEMBILAN
Laman Informasi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat G, Blok B, Wisma Negeri
70503 Seremban,
Negeri Sembilan.

NEGERI MELAKA
Kaunter MyPesara Negeri Melaka
Aras G, Blok Bentara
Kompleks Seri Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka

NEGERI JOHOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri,
Johor

NEGERI PAHANG
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Tingkat 2, Wisman Sri Pahang
25503 Kuantan
Pahang

NEGERI TERENGGANU
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Tingkat Bawah, Wisma Darul Iman,
20503 Kuala Terengganu
Terengganu

NEGERI KELANTAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 1, Blok 2,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
15503 Kota Darulnaim.
Kelantan

NEGERI SELANGOR
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Koordinat GPS:  2°56'11"N   101°39'15"E
Telefon: 03 - 8887 8777
Emel: mypesara@kwap.gov.my

NEGERI SABAH
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS - Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
Sabah

Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
Fax : 088 488664 / 088 488665

NEGERI SARAWAK
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sarawak,
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
Jalan Tun Dato' Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
93050 Kuching
Sarawak.

Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
Fax : 082 250126

PUTRAJAYA
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

Anda boleh mengunjungi Kaunter MyPesara ini setiap hari pada waktu bekerja/pejabat.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Bahagian Pasca Perkhidmatan
JPA

Friday, 29 May 2020

PVTLDM KEDAH KUNJUNGI FRONTLINER COVID19



Alor Setar  29 Mei- Penglibatan Persatuan Veteran Tentera Laut (PVTLDM) di dalam memberi khidmat bakti tidak hanya terhad kepada para veteran TLDM yang berada di bawah naungannya semata-mata.

Bersesuaian dengan moto PVTLDM 'Terus Berjuang', semangat, toleransi dan perihatin kepada persekitaran sentiasa diterapkan bagi melestarikan gerak kerja persatuan.

Ini dibuktikan oleh PVTLDM Cawangan Kedah yang telah turun padang mengunjungi petugas-petugas Barisan Hadapan Covid19 di Plaza Tol Alor Setar Utara dan Alor Pongsu.

Menurut TYDP PVTLDM Kedah, Tuan Haji Zulkifli bin Hj Muhyiddin, kunjungan ke Pos di mana terdapat anggota ATM bertugas di lapangan adalah sebagai simbolik atau sokongan berterusan dari rakan-rakan veteran kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat dengan harapan suatu hari nanti mereka-mereka ini akan mewarisi  gerak kerja persatuan-persatuan veteran bila mereka bersara nanti.

"Kita juga sangat berterima kasih kerana mereka ini telah berkorban kudrat serta nyawa untuk melihat kita semua selamat serta sihat di sepanjang tempoh PKP  ini. Jom kita sama-sama membantu atau menyantuni mereka sebagai tanda kebersamaan dan menghargai usaha dan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan bersama". Ujar beliau.



Wednesday, 20 May 2020

Segalanya hilang sekelip mata….

Haji Zulkifli menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban Mohd Khairul

“Api terlalu marak… saya sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Saya terjaga setelah dikejutkan oleh isteri saya mengatakan rumah mereka terbakar. Apa yang saya ingat, saya sempat menyelamatkan anak ini dan saya sendiri terbakar hampir seluruh badan….” Cerita Mohd Khairul Ismail kepada rombongan Ajk PVTLDM Cawangan Kedah ketika mengunjungi rumah beliau di Kampung Bohor Karang Jerlun Kedah .
Peristiwa itu berlaku pada 24 mac 2020 di mana rumah kediamannya di Sungai Relong Taiping Perak hangus dijilat api. Tiada apa yang dapat diselamatkan.
“Isteri saya sedang mengandung 5 bulan anak ke-4 telah pergi buat selama-lamanya bersama 2 orang lagi anak saya yang berumur 2 dan 4 tahun.” ujarnya sayu.
“Isteri saya yang mengejutkan saya tetapi dia dan anak-anak terkepung dalam api yang sedang marak”….
“Saya masih trauma dan keliru, tak tahu apa nak buat. terima kasih kepada pihak persatuan telah banyak membantu saya.”
“Sehubungan dengan itu, pihak PVTLDM telah mengambil inisiatif, di samping menyumbang beberapa keperluan semasa, kami juga akan berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi menyelesaikan masalah beliau sehingga beliau boleh berdikari untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain”. Jelas Tuan Haji Zulkifli Muhyiddin selaku TYDP PVTLDM yang turut hadir sama dalam Program Ihya Ramadhan 2020 bersama 8 orang AJK PVTLDM Kedah.

PVTLDM KEDAH SANTUNI AHLI MENJELANG AIDILFITRI


Alor Setar- Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Cawangan Kedah telah menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur dan wang tunai kepada ahli veteran TLDM dalam usaha meringankan beban kepada veteran-veteran yang bermasalah menghadapi persiapan menjelang hari raya tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PVTLDM Cawangan Kedah, Tuan Haji Zulkifli bin Muhyuddin berkata, aktiviti ini dijalankan setiap tahun sebagai salah satu program kebajikan persatuan. “Pada tahun ini kami turut memberi sumbangan kepada veteran yang mengalami sakit kronik atau uzur.  Bantuan juga diberikan kepada ahli yang mengalami kerosakan rumah akibat dilanda angin ribut baru-baru ini.”

Pada 19 dan 20 Mei 2020 yang lalu, Tuan Haji Zulkifli bersama lapan orang ahli jawatan kuasanya yang dibahagikan kepada tiga kumpulan turun padang menyampaikan sumbangan terus ke penempatan 25 orang penerima terpilih  yang berada di pelbagai daerah di negeri Kedah.

Turut menerima sumbangan yang berupa wang tunai ialah bekas anggota kepakaran Peperangan Aras Permukaan (PAP),  Mohd Khairul Ismail yang tinggal di rumah bapanya di Bohor Karang Jerlun Kedah yang cedera akibat bencana kebakaran rumahnya di Sungai Relong, Taiping Perak pada 24 Mac 2020 yang lalu.  Dalam kejadian tersebut, isteri beliau yang sedang mengandung 5 bulan beserta 2 orang anak (2 dan 4 tahun) telah terkorban. Hanya seorang anak lelakinya yang berumur 6 tahun dapat diselamatkan.  Manakala beliau sendiri melecur di sebahagian badannya.

Pihak PVTLDM Kedah sebelum ini telah pun memberi bantuan awal kewangan khas kepada beliau.  Selain daripada itu kutipan derma kilat dan sumbangan pakaian terpakai juga telah diuruskan oleh pihak PVTLDM pusat dan negeri bagi membantu meringankan beban Mohd Khairul yang hanya tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian tersebut.

Tambah Haji Zulkifli lagi,  PVTLDM Kedah sedang giat menjalankan kempen menambah keahlian persatuan.  Buat masa ini daripada anggaran 2,900 veteran seluruh negeri Kedah, hanya sekitar 15 peratus sahaja dari kalangan mereka yang berdaftar.  Bantuan kebajikan ini hanya dikhususkan kepada veteran yang berdaftar sebagai ahli sahaja. Justeru beliau menyeru agar lebih ramai lagi yang tampil mendaftar sebagai ahli supaya hal kebajikan mereka dapat diberi perhatian sewajarnya di samping mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama veteran yang sebelum ini telah banyak berkorban demi keselamatan dan menyumbang kepada pembangunan negara.